Monday, November 1, 2010

Pilot Projek Diserang Penyakit


Posting kali ini adalah tentang pilot projek di tepi rumah sewa saya sendiri di Kemaman.Projek ini dijalankan oleh Berkat Agrovision Enterprise untuk mencuba teknik Fertigasi di samping untuk mengetahui tentang penyakit-penyakit yang berkaitan pokok cili.

Untuk pokok cili pilot projek ini,pihak berkat agrovision telah mencuba menanam cili 568 yang dibeli dari pembekal di Puchong iaitu Romatech Agro.Jutaan terima kasih diucapkan kepada Prof kerana memberi tunjuk ajar kepada kami.

Projek Pilot Kami ini dijalankan dengan menggunakan pam aquarium dan hanya menggunakan polypipe 16mm.Alhamdulillah,sepanjang tempoh penanaman sehingga hari ini,banyak yang telah kami pelajari.Hands on sememangnya amat penting untuk memahirkan kami dalam penanaman cili ini.

Sehingga hari ini,antara penyakit yang wujud pada pokok cili kami adalah kerinting.Berikut adalah gambar-gambar untuk pilot projek kami:-





Saturday, October 16, 2010

Perkembangan Projek 1000 pokok Di Ajil

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ini,17 Okober 2010,perkembangan tapak projek Berkat Agrovision Enterprise di Ajil agak perlahan kerana kerja-kerja hanya dapat dilakukan pada hujung minggu sahaja.bangsal tempat menyimpan barang dan tangki kini lebih kurang 50% siap dan pemasangan silvershine pula 90% siap.InsyaAllah mggu ini pemasangan pipe utama dapat dilakukan dengan bantuan dari rakan-rakan.terima kasih diucapkan kepada mereka.Untuk tatapan umum,disertakan gambar-gambar tapak projek Cili fertigase Berkat Agrovision Enterprise.

















Tuesday, October 12, 2010

Projek Pembinaan Bangsal Dan Pasang Silvershine (Projek 1000)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setakat 13 Oktober 2010 ini,pihak Berkat Agrovision Enterprise telah memulakan pembinaan bangsal untuk tangki baja fertigasi dengan bantuan dari Abah saya sendiri.Untuk mengurangkan kos permulaan kami.segala bahan binaan seperti tiang kayu,kami ambil kayu terpakai yang terdapat di sekitar rumah kami.Alhamdulillah,pembinaan bangsal berjalan dengan lancar dan setakat ini lebih kurang 75% siap kerana zink masih tidak mengcukupi dan lantai belum disimen lagi.Tapak bangsal asal terpaksa kami tunda buat masa ini dan hanya tiang simen sahaja dapat dinaikkan buat masa ini.InsyaAllah pada hujung minggu ini,bangsal kayu kami akan siap sepenuhnya.Terima kasih diucapkan kepada sepupu-sepupu saya yang banyak menolong saya dalam menyediakan tapak untuk projek fertigasi 1000 pokok kami ini.Jasa anda semua amatlah dihargai.Pihak Berkat Agrovision Enterprise telah mengupah orang untuk menyediakan polybeg yang diisi dengan cocopeat kerana saya tidak dapat membuat kerja-kerja tersebut pada hari bekerja kerana komitmen dengan kerjaya saya.

Untuk silvershine pula,50% telah saya hamparkan pada minggu lepas dan akan disambung jumaat ini.InsyaAllah pada hujung minggu ini,kerja-kerja pemasangan pipeline untuk sistem fertigasi kami akan dapat dimulakan.Semoga ianya berjalan lancar.Aminn..next post saya akan upload gambar-gambar untuk projek 1000 pihak berkat agrovision enterprise.

Sunday, September 26, 2010

Projek Pembersihan Kawasan (Projek 1000)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Perkembangan projek 1000 di Kampung Bukit Kolam,Ajil.Setakat ini pembersihan kawasan serta penggalian telaga telah pun dilakukan oleh pihak yang diupah oleh Berkat Agrovision enterprise di kawasan yang ditetapkan.Sebelum projek pembersihan kawasan dilakukan,kami telah mengupah rakan kami untuk membuat Slack untuk memudah urusan kami kerana tanah tersebut merentangi longkang.

Hujung minggu lepas,24 September 2010,pihak kami amat bertuah kerana menerima kunjungan En Khair dari Cergas Agro yang sanggup datang dari jauh ke Terengganu untuk menghantar sebahagian dari barangan yang kami pesan serta memberi tunjuk ajar kepada kami dalam pengurusan sistem fertigasi serta memberi banyak maklumat tentang pokok cili,penyakit cili,penjagaan pokok cili.Kerjasama dari pihak tuan kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih!Harap mendapat kunjungan dari pihak tuan lagi untuk projek kami yang akan datang.Cocopeat yang kami pesan dari Cergas Agro masih lagi belum sampai kerana menunggu jadual lori 3 tan.Semoga ianya dapat dihantar secepat mungkin untuk mempercepatkan kerja kami.

Di sini kami sertakan gambar projek pembersihan kawasan di Ajil.







Saturday, August 28, 2010

Tapak Projek Fertigasi 1000 pokok.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.


Untuk projek fertigasi 1000 pokok ini,ia adalah projek pertama kami di Berkat Agrovision Enterprise dari zero (0) kemudahan. Jadi,kami perlu mengadakan kemudahan tersebut untuk menjamin kelancaran projek ini.Jadi,kami telah kenalpasti apa yang diperlukan untuk projek kami ini.

1) Kawasan tanah yang Rata – ini adalah supaya aliran air dalam paip sekata.
2) Sumber Air – Teramat penting untuk fertigasi-jadi kami memutuskan untuk menggali telaga di dalam kawasan penanaman kami.
3) Sumber Elektrik – untuk memberi bekalan kuasa kepada motor kami untuk mengepam air baja ke setiap polibeg cili.
4) bangsal untuk meletakkan Tangki air baja kami serta segala peralatan
5) Slek - kerana longkang yang dibina tidak diletakkan slek,kami terpaksa mengupah orang untuk membuat slek untuk membolehkan kami memasuki kawasan tapak fertigasi kami.Juga penting supaya jentolak yang akan kami sewa dapat memasuki kawasan tapak untuk melakukan kerja-kerja pembersihan tanah.

Berikut adalah gambar Tapak Projek Fertigasi kami.








Monday, August 16, 2010

Introduction

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.Ini adalah post pertama untuk blog ini dan pada ketika ini,proses penanaman cili kulai 568 secara fertigasi boleh dikatakan di peringkat permulaan.Anak-anak pokok cili sedang disemai di atas bekas semaian dan baru bercambah selepas seminggu di semai.Anak timun batang pula sudah mula bercambah sejak hari ketiga lagi.Biji benih timun batang ini diperolehi dari Peladang daerah kemaman.

Setup sistem pengairan pula boleh dikategorikan sebanyak 5% sahaja kerana sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan untuk mengisi ruang yang ada bersebelahan dengan rumah kami.Untuk pengetahuan semua,ini adalah projek Pilot kami untuk menanam cili secara fertigasi sebelum cadangan untuk melakukan penanaman cili fertigasi secara mega dilakukan di atas tapak yang telah kami kenal pasti.

Untuk pilot projek ini,cadangan kami adalah menanam sebanyak 25 pokok cili dan 5 pokok timun batang sebagai percubaan pertama kami dalam fertigasi ini.Ini adalah untuk memudahkan kami mengenalpasti sebarang masalah yang akan wujud bagi sistem fertigasi ini sebelum ianya dibesarkan.Kebanyakan barangan yang kami gunakan adalah barangan yang kami dapat dari sekitar rumah kami seperti tangki air terpakai,bata pasir yang kami kutip di sekitar rumah kami.Semoga projek ini dapat memberikan kami semangat untuk terus berjaya dan dapat diteruskan dengan projek besar kami.

Untuk pengetahuan pembaca,peralatan fertigasi ini sedikit sukat untuk didapati di Kemaman ini.Sudah banyak kedai kami telah tinjau tetapi elbow untuk fertigasi pun tiada.Mungkin disebabkan fertigasi tidak dijalankan secara meluas di sini.Polypipe 16mm juga sukar didapati di sini.Mungkin di masa akan datang,kami akan mencari peralatan tersebut di kuala terengganu pula.

Semoga projek kami ini membuahkan kejayaan buat kami dengan izin dari NYA...Aminnn...