Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog ini.Ini adalah post pertama untuk blog ini dan pada ketika ini,proses penanaman cili kulai 568 secara fertigasi boleh dikatakan di peringkat permulaan.Anak-anak pokok cili sedang disemai di atas bekas semaian dan baru bercambah selepas seminggu di semai.Anak timun batang pula sudah mula bercambah sejak hari ketiga lagi.Biji benih timun batang ini diperolehi dari Peladang daerah kemaman.
Setup sistem pengairan pula boleh dikategorikan sebanyak 5% sahaja kerana sedikit pengubahsuaian perlu dilakukan untuk mengisi ruang yang ada bersebelahan dengan rumah kami.Untuk pengetahuan semua,ini adalah projek Pilot kami untuk menanam cili secara fertigasi sebelum cadangan untuk melakukan penanaman cili fertigasi secara mega dilakukan di atas tapak yang telah kami kenal pasti.
Untuk pilot projek ini,cadangan kami adalah menanam sebanyak 25 pokok cili dan 5 pokok timun batang sebagai percubaan pertama kami dalam fertigasi ini.Ini adalah untuk memudahkan kami mengenalpasti sebarang masalah yang akan wujud bagi sistem fertigasi ini sebelum ianya dibesarkan.Kebanyakan barangan yang kami gunakan adalah barangan yang kami dapat dari sekitar rumah kami seperti tangki air terpakai,bata pasir yang kami kutip di sekitar rumah kami.Semoga projek ini dapat memberikan kami semangat untuk terus berjaya dan dapat diteruskan dengan projek besar kami.
Untuk pengetahuan pembaca,peralatan fertigasi ini sedikit sukat untuk didapati di Kemaman ini.Sudah banyak kedai kami telah tinjau tetapi elbow untuk fertigasi pun tiada.Mungkin disebabkan fertigasi tidak dijalankan secara meluas di sini.Polypipe 16mm juga sukar didapati di sini.Mungkin di masa akan datang,kami akan mencari peralatan tersebut di kuala terengganu pula.
Semoga projek kami ini membuahkan kejayaan buat kami dengan izin dari NYA...Aminnn...
No comments:
Post a Comment